Pages

Sunday 31 July 2011

ApOk - sElAmAT HaRi LaHiR...." KaUlaH RaJa DaLaM HaTiKu"

1 OGOS 2011 Bersamaan 1 RAMADHAN 1432 H.

Jam menunjukkan 4.32 pagi. Tetiba telefonku berbunyi.... (bak nyanyian dalam Wonderpet: telefon berbunyi. pastikan anda menyanyikan sama seperti wonderpet...). Lalu dengan secepat yang mungkin aku pun menjawab panggilan yang tertera "Istana"
Pemilik telefon: Hello
Pemanggil: ............dah 4.3.......hrm.....bangun tak?
Pemilik telefon: Erm..........bangun. ok
Pemanggil: ok

Lalu terduduk aku... 
lantas monolog dalaman berlaku dengan automatiknya...dengan mataku terkebil-kebil
#tadi macam aku angkat tepon. mcm ade org telefon... rasanya suara org laki tadi# 
lepas tu aku pun tengok balik telefon...#eh 4.32 pagi dah.......eh kena bangun sahur ni....ooooo....la rupanya baru aku teringat ayah aku telefon.... semalam kan dah pesan kat apok suruh kejutkan sahur... ish2 aku ni...#

lalu aku n roommate aku pon bangun dengan lemah longlai ke tandas untuk mencuci muka agar terang sikit bijik mata tu bila nak bersahur.... lalu dengan terkedek-kedek aku n yaya membuka juadah bersahur kami. mula2 tu nak telan punyelah susah...lama2 dah tak terlarat nak makan...tapi x boleh jadi ni. Kena habiskan ni... nanti tak pasal2 termasuk dalam salah silah syaitan...nauzubillah....tak nak aku ikut perangai syaitan. Dahlah bulan puasa ni (tapi x kiralah puase ke atau bukan bulan pose....perangai syaitan x blh ikut ye adik2). Nak dijadikan cerita aku n yaya pun memaksa diri ini menghabiskannya. Alhamdulillah berjaya juga mission kami.

Dalam melayan perasaan menghabiskan makanan, tetiba aku teringat sesuatu...monolog dalaman berlaku lagi #eh hari ni bukan ke.....bukan ke first pose...lepas tu bukan ke mcm hari jadi apok aku je. eh2....betullah....birthday apok aku.# 
lepas tu teringat pada perbualan mak aku semalam....
Aku: Mak, esok epi besday apok kn....
Mak aku: Haah...
Aku: Nak ucap, tapi esoklah kan
Mak aku: Erm..ucap esoklah (tapi dengan gaya seperti bercakap tanpa menggerakkan bibirnya...)
terlintas pada hati aku...ape ke halnyelah mak aku ni cakap nyorok2....ni dah tentu x nak apok aku dengarlah... supriselah sikit kat apok tu...aku mengerti...

Jadi dikesempatan yang mulia ini aku nak mengucapkan SeLAmAt HaRi LaHiR tO mY BeLOvEd FaTHer. U r My HeRo.

Walau kau bukan seperti orang lain, aku bersyukur kerana aku ditakdirkan menjadi anakmu....kerana Allah Maha Mengetahui.. hanya engkaulah sahaja yang layak menjadi bapa yang membesarkan ku. walau engkau tidak tahu mengeluarkan kata-kata yang lembut..tapi aku tahu, kau cuba sedaya yang mungkin untuk melembutkan suaramu untuk melayan kerenahku yang sering mencabar kekuatan mu sebagai seorang bapa....
Kini aku faham...ayah...Dulu mungkin aku jahil..aku sering memberontak. Tapi setelah ku kenal erti kehidupan yang penuh onak dan duri..... aku mengerti....Anakmu ini kini mengerti....Terima Kasih untuk segalanya... pengorbanan mu x mampu ku balas.... Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada ku untuk mempunyai seorang bapa hingga kini...aku bersyukur..Alhamdulillah... aku tidak tahu di masa hadapan. Antara aku atau ayahku, antara kami siapa yang menyahut seruan Ilahi dahulu....tiada siapa yang ketahui. hanya Allah tuhan sekalian alam mengetahuinya. Apa yang ku harap, aku dapat menjadi anak yang solehah kepada ayah dan bonda...Ayah...ampunilah segala dosaku....tak terkira bebanan yang kau tanggung untukmenyara kami sekeluarga....
Ayah. Terima kasih.

TeRiNgAt DakU akAn sEsuAtU...

Hembusan bayu laut yang nyaman....Alhamdulillah syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat jua ku rasakan nikmatNya... walau penglihatanku tidak mampu melihat bayu laut itu, akan tetapi kehadirannya tetap ku rasai.... kuasa Yang Maha Esa....Allahhuakbar.

Dalam kedinginan kurniaanNya, terlintas dalam benak fikiran ku akan sesuatu, yang hingga kini masih tersemat rapi. Kisahnya bermula ketika aku dalam latihan industri di Medan Juara Sdn. Bhd. (MJSB tu ladang ayam baka ye tuan2 n puan2)

Tergerak naluri hatiku untuk mengambil bag galasku (baru beli tau...tu yang jaga betoi2) yang ku simpan di dalam bilik pengurus di satu sudut yang sangat bersih tanpa ada sebiji habuk pon. sesudah ku pinta kebenaran untuk masuk ke dalam pejabat yang kecil itu, ya....masih ku ingat setiap sudutnya, susunan kerusinya serta hiasan dalaman yang sedap mataku memandang... tidak dilupakan aroma biliknya yang sentiasa disembur dengan aroma pewangi bilik yang tidak ku ketahui jenamanya (yang penting wangilah)... amat menenagkan....

Sedang tanganku mencapai bag galasku yang berwarna hitam, pandangan ku teralih pada sesuatu yang kiranya dapat menarik perhatianku untuk terus melihatnya.....
Ianya tergantung rapi di dinding... ku kira biasa sahaja dengan warna yang tiada tandingan kebiasaannya (senang cerita, simple...x de meriah mana pon). Seraya pandanganku masih disitu....
Entah mengapa hatiku terpaut pada kata-kata yang tersebar menyusun barisnya pada lukisan itu....
"Admire a little ship but put your cargo in the big one"
ku ungkap berkali-kali agar tersemat abadi dalam ingatan kekalku.... ku terus dibuai dalam lamunanku yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan.....

Tersentak akan daku dari lamunanku dek kerana sahabatku yang mempunyai niat yang sama denganku (ambil bag dia gak)... terpancul dari mulutku kepada sahabatku yang sorang ni...

Pengarang: "Yaya...ape dia ckp ni... jenuh mikirnye. x dapat gak tangkap ape yang dia tuleh.."

setelah sekian lamanya sahabatku itu meneliti bait2 ayat yang tersurat takdirnya pada lukisan itu, maka dengan confident tanpa ragu2, yaya menerangkannya dengan panjang lebar tanpa jemunya pada diri ku ini yang lambat betul nak faham...

setelah dapat ku fahaminya...terukir senyuman di wajahku....
 menurut kefahaman ku ini.....

"kita mestilah kagumi kapal yang kecil itu kerana ia berani membelah laut hanya berbekalkan saiz muatannya yang kecil tanpa tandingnya jika ia dihempas ombak laut yang mengganas ketika taufan melanda... contohilah semangatnya yang tiada tanding, barangkali lebih besar dan kukuhnya ia dari yang besar..... akan tetapi letakkanlah usahamu dalam kapal yang besar"

Renungkanlah....

SaTU PeRMuLAAn DaRi TEmaN yAnG BaNYAk KeKuRanGan

Adalah dengan berkatnya jika teman mulakkan jajahan ini dengan ayat yang mulia BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM...
dan tak dilupakan dengan ucapan pertemuan yang tiada tandingan nilainya
ASSALAMUALAIKUM...

Aish, tak sabor rasenye teman ni nak mulakan karangan yang pertama kalinya pada ruangan ini. yelah... first time buat blog...hehehehe...
Bak kata mak teman yang tak jemu-jemu mengingatkan teman yang asyik je lupe... perkenalkan diri dulu. bior orang kenal dulu... nanti ape org kate, budak ni x de budi bahasa ke? main terjah je...tetiba cerita tanpa orang kenal tuannye..ape ke halnye? kan dah terkeluar loghat....
secara ringkas dan padatnya tanpa ada kompromi dari mana2 pihak... Saya ini telah ditetapkan nama oleh kedua bonda n ayahanda yang teramat sayang tanpa ada penyelewengan dalam mencurahkan kasih n sayangnya pada anaknya yang teramat degil ini... dengan nama Hazlinda maka tersuratlah takdir dalam surat beranak n kad pengenalan mencatatkan suratan itu... walaupun nama tu x de makna (jenuh juge cari maksudnye hingga ke hari ni teman jumpe maksudnye), saya tetap menghargainya kerana mesti ada hikmahnya yang tiada siapa tahu kecuali Yang Maha Esa...   n sudah tentu setiap ibu bapa mahukan nama yang terbaik untuk zuriatnya... xkanlah diaorg nak bagi nama yang x senonoh kan....(tetiba terdengar upin ipin cakap "betul betul betul").

setakat tu jelah pengenalan dari sponsor... kite cerita hal lain pulak...

alamak lupe nak cerita ape pulak...ish2...
x pelah...kte cerita kat post yang lainlah.... semoga kite dapat mengingati sesama kte agar kita x terbabas dari landasan sebenar kehidupan ini...

 
Daisypath Happy Birthday tickers

Gambar

Gambar

kElabu bijik mate ni...

uih..cuaca hari ni....