Pages

Sunday 31 July 2011

TeRiNgAt DakU akAn sEsuAtU...

Hembusan bayu laut yang nyaman....Alhamdulillah syukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat jua ku rasakan nikmatNya... walau penglihatanku tidak mampu melihat bayu laut itu, akan tetapi kehadirannya tetap ku rasai.... kuasa Yang Maha Esa....Allahhuakbar.

Dalam kedinginan kurniaanNya, terlintas dalam benak fikiran ku akan sesuatu, yang hingga kini masih tersemat rapi. Kisahnya bermula ketika aku dalam latihan industri di Medan Juara Sdn. Bhd. (MJSB tu ladang ayam baka ye tuan2 n puan2)

Tergerak naluri hatiku untuk mengambil bag galasku (baru beli tau...tu yang jaga betoi2) yang ku simpan di dalam bilik pengurus di satu sudut yang sangat bersih tanpa ada sebiji habuk pon. sesudah ku pinta kebenaran untuk masuk ke dalam pejabat yang kecil itu, ya....masih ku ingat setiap sudutnya, susunan kerusinya serta hiasan dalaman yang sedap mataku memandang... tidak dilupakan aroma biliknya yang sentiasa disembur dengan aroma pewangi bilik yang tidak ku ketahui jenamanya (yang penting wangilah)... amat menenagkan....

Sedang tanganku mencapai bag galasku yang berwarna hitam, pandangan ku teralih pada sesuatu yang kiranya dapat menarik perhatianku untuk terus melihatnya.....
Ianya tergantung rapi di dinding... ku kira biasa sahaja dengan warna yang tiada tandingan kebiasaannya (senang cerita, simple...x de meriah mana pon). Seraya pandanganku masih disitu....
Entah mengapa hatiku terpaut pada kata-kata yang tersebar menyusun barisnya pada lukisan itu....
"Admire a little ship but put your cargo in the big one"
ku ungkap berkali-kali agar tersemat abadi dalam ingatan kekalku.... ku terus dibuai dalam lamunanku yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan.....

Tersentak akan daku dari lamunanku dek kerana sahabatku yang mempunyai niat yang sama denganku (ambil bag dia gak)... terpancul dari mulutku kepada sahabatku yang sorang ni...

Pengarang: "Yaya...ape dia ckp ni... jenuh mikirnye. x dapat gak tangkap ape yang dia tuleh.."

setelah sekian lamanya sahabatku itu meneliti bait2 ayat yang tersurat takdirnya pada lukisan itu, maka dengan confident tanpa ragu2, yaya menerangkannya dengan panjang lebar tanpa jemunya pada diri ku ini yang lambat betul nak faham...

setelah dapat ku fahaminya...terukir senyuman di wajahku....
 menurut kefahaman ku ini.....

"kita mestilah kagumi kapal yang kecil itu kerana ia berani membelah laut hanya berbekalkan saiz muatannya yang kecil tanpa tandingnya jika ia dihempas ombak laut yang mengganas ketika taufan melanda... contohilah semangatnya yang tiada tanding, barangkali lebih besar dan kukuhnya ia dari yang besar..... akan tetapi letakkanlah usahamu dalam kapal yang besar"

Renungkanlah....

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers

Gambar

Gambar

kElabu bijik mate ni...

uih..cuaca hari ni....