Pages

Sunday 31 July 2011

ApOk - sElAmAT HaRi LaHiR...." KaUlaH RaJa DaLaM HaTiKu"

1 OGOS 2011 Bersamaan 1 RAMADHAN 1432 H.

Jam menunjukkan 4.32 pagi. Tetiba telefonku berbunyi.... (bak nyanyian dalam Wonderpet: telefon berbunyi. pastikan anda menyanyikan sama seperti wonderpet...). Lalu dengan secepat yang mungkin aku pun menjawab panggilan yang tertera "Istana"
Pemilik telefon: Hello
Pemanggil: ............dah 4.3.......hrm.....bangun tak?
Pemilik telefon: Erm..........bangun. ok
Pemanggil: ok

Lalu terduduk aku... 
lantas monolog dalaman berlaku dengan automatiknya...dengan mataku terkebil-kebil
#tadi macam aku angkat tepon. mcm ade org telefon... rasanya suara org laki tadi# 
lepas tu aku pun tengok balik telefon...#eh 4.32 pagi dah.......eh kena bangun sahur ni....ooooo....la rupanya baru aku teringat ayah aku telefon.... semalam kan dah pesan kat apok suruh kejutkan sahur... ish2 aku ni...#

lalu aku n roommate aku pon bangun dengan lemah longlai ke tandas untuk mencuci muka agar terang sikit bijik mata tu bila nak bersahur.... lalu dengan terkedek-kedek aku n yaya membuka juadah bersahur kami. mula2 tu nak telan punyelah susah...lama2 dah tak terlarat nak makan...tapi x boleh jadi ni. Kena habiskan ni... nanti tak pasal2 termasuk dalam salah silah syaitan...nauzubillah....tak nak aku ikut perangai syaitan. Dahlah bulan puasa ni (tapi x kiralah puase ke atau bukan bulan pose....perangai syaitan x blh ikut ye adik2). Nak dijadikan cerita aku n yaya pun memaksa diri ini menghabiskannya. Alhamdulillah berjaya juga mission kami.

Dalam melayan perasaan menghabiskan makanan, tetiba aku teringat sesuatu...monolog dalaman berlaku lagi #eh hari ni bukan ke.....bukan ke first pose...lepas tu bukan ke mcm hari jadi apok aku je. eh2....betullah....birthday apok aku.# 
lepas tu teringat pada perbualan mak aku semalam....
Aku: Mak, esok epi besday apok kn....
Mak aku: Haah...
Aku: Nak ucap, tapi esoklah kan
Mak aku: Erm..ucap esoklah (tapi dengan gaya seperti bercakap tanpa menggerakkan bibirnya...)
terlintas pada hati aku...ape ke halnyelah mak aku ni cakap nyorok2....ni dah tentu x nak apok aku dengarlah... supriselah sikit kat apok tu...aku mengerti...

Jadi dikesempatan yang mulia ini aku nak mengucapkan SeLAmAt HaRi LaHiR tO mY BeLOvEd FaTHer. U r My HeRo.

Walau kau bukan seperti orang lain, aku bersyukur kerana aku ditakdirkan menjadi anakmu....kerana Allah Maha Mengetahui.. hanya engkaulah sahaja yang layak menjadi bapa yang membesarkan ku. walau engkau tidak tahu mengeluarkan kata-kata yang lembut..tapi aku tahu, kau cuba sedaya yang mungkin untuk melembutkan suaramu untuk melayan kerenahku yang sering mencabar kekuatan mu sebagai seorang bapa....
Kini aku faham...ayah...Dulu mungkin aku jahil..aku sering memberontak. Tapi setelah ku kenal erti kehidupan yang penuh onak dan duri..... aku mengerti....Anakmu ini kini mengerti....Terima Kasih untuk segalanya... pengorbanan mu x mampu ku balas.... Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepada ku untuk mempunyai seorang bapa hingga kini...aku bersyukur..Alhamdulillah... aku tidak tahu di masa hadapan. Antara aku atau ayahku, antara kami siapa yang menyahut seruan Ilahi dahulu....tiada siapa yang ketahui. hanya Allah tuhan sekalian alam mengetahuinya. Apa yang ku harap, aku dapat menjadi anak yang solehah kepada ayah dan bonda...Ayah...ampunilah segala dosaku....tak terkira bebanan yang kau tanggung untukmenyara kami sekeluarga....
Ayah. Terima kasih.

4 comments:

  1. wow!!!!beday ayah lindah satu hari selepas beday azwan(tunang naj)..ape2 pn..semoga terus menjadi anak yg solehah..love to read ur blog..jom follow blog naj plak..hehe(^^)

    ReplyDelete
  2. salam..
    wah..welcome to our club..=)

    selamat berpuasa..=)

    ReplyDelete
  3. w'salam....
    tq yam leaf..

    selamat berpuasa juga ;)

    ReplyDelete

Daisypath Happy Birthday tickers

Gambar

Gambar

kElabu bijik mate ni...

uih..cuaca hari ni....